Friday, October 17, 2008

Lupakan Dia.. Mudahkah?

Memang tak sah kalau dalam percintaan mahupun persahabatan, mesti ada yang bergaduh. Bukanlah hubungan namanya kalau tak bergaduh, pada sudut lain, gaduh tu sebenarnya mematangkan kita. Kita belajar dari kesipalan dan takkan ulangi nya untuk kali ke-2.


Tapi sampai sesuatu tahap 'putus'. Ada beberapa cara untuk kita melupakan dia. Mcmana?




  • Terima Hakikat

Itulah yang sebaik-baiknya, daripada merana. Kita seharusnya menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara kita. Pertemuan akan berakhir dgn perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

  • Melarikan Diri

Memang betul melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi ia hanya untuk mengurangkan tekanan untuk sementara waktu. pergi ke tempat di mana anda dapat mencari ketenangan jiwa dan rohani.

  • Luahkan Perasaan

Luahkan perasaan anda kepada sahabat rapat anda atau keluarga atau saudara mara yang mana anda rasa dapat menenangkan diri anda. Selain itu, anda juga boleh meluahkan perasaan anda dengan menjerit sekuat hati. Cubalah!

  • Ingat pada Insan yang lebih menyanyangi.
Bila sudah berpisah, bunuh diri bukan bermakna anda boleh melupakan si dia. Ingat, anda masih ada org lain di sisi anda yang lebih memerlukan anda.

  • Tawakal dan Berdoa pada Allah s.w.t

Itulah yang sepatutnya... tawakal dan berdoa supaya anda dipertemukan dgn jodoh yang lebih baik. Berdoalah setiap hari dan mulakan hari anda dgn semangat yang baru.

  • Buang kenangan lalu
Segala kenangan seperti hadiah dan sebagainya...sebaiknya dibuang atau dilupuskan. Selagi barang tersebut bersama dgn anda, selagi itulah memori anda masih kepada si dia. jadi...bertindaklah skrg!


Namun harus diingat, hati yang retak boleh diubat semula kerana hati kita bukanlah kaca pecah yang hilang menjadi serpihan. Hati manusia amat unik dan beharga.
Hanya manusia yang melukakan manusia dan hanya manusia yang mampu merawatnya juga.

No comments: