Monday, March 15, 2010

KAD KAHWIN yang MURAH lagi CANTIK!



Jangan Lepaskan peluang untuk menempah kad kahwin rekaan terkini yang murah dan cantik. Tempah melalui online. Lagi byk anda tempah, Lagi byk anda berjimat. Tempah sekarang, Jgn Tunggu lagi.


Sunday, February 14, 2010

BUKU-BUKU STPM 2ND HAND UTK DIJUAL!!!



PERHATIAN!
  • ANDA BOLEH MENGHUBUNGI ATAU SMS SAYA (faezah) DI 017-6824 694 UNTUK BUAT TEMPAHAN.
  • BUKU INI HANYA BOLEH DIAMBIL SEKIRANYA ANDA BERJUMPA DENGAN SAYA SENDIRI DI GIANT KELANA JAYA (BERSEBELAHAN SHELL). BAYARAN BOLEH DIBUAT TERUS KEPADA SAYA.
  • HARGA ADALAH TETAP.


NAMA BUKU : NOTA LENGKAP STPM MAKROEKONOMI
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : KELIMA ( 2004)
HARGA ASAL : RM 19.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : NOTA LENGKAP STPM MIKROEKONOMI
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : KELIMA ( 2004)
HARGA ASAL : RM 18.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : STRATEGI MENJAWAB MIKROEKONOMI KERTAS 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN BHD
EDISI : PERTAMA ( 2002)
HARGA ASAL : RM 18.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : STRATEGI MENJAWAB MIKROEKONOMI KERTAS 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN BHD
EDISI : PERTAMA ( 2002)
HARGA ASAL : RM 18.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : KURSUS LENGKAP SARJANA STPM MAKROEKONOMI KERTAS 944/2
PENERBIT : PUSTAKA SARJANA SDN. BHD
EDISI : PERTAMA (2004)
HARGA ASAL : RM 22.00
HARGA JUAL : RM 10.00
PEMBELIAN BUKU INI DISERTAKAN SEKALI LATIHAN & PENTAKSIRAN MAKROEKNOMI PERCUMA!


NAMA BUKU : KURSUS LENGKAP SARJANA STPM MIKROEKONOMI KERTAS 944/1
PENERBIT : PUSTAKA SARJANA SDN. BHD
EDISI : PERTAMA (2004)
HARGA ASAL : RM 22.00
HARGA JUAL : RM 10.00
PEMBELIAN BUKU INI DISERTAKAN SEKALI LATIHAN & PENTAKSIRAN MIKROEKNOMI PERCUMA!


NAMA BUKU : KURSUS KOMPREHENSIF PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN BHD
EDISI : KEDUA (2004)
HARGA ASAL : RM 22.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : NOTA LENGKAP STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD.
EDISI : KEDUA (2004)
HARGA ASAL : RM 15.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : NOTA LENGKAP STPM TAMADUN ISLAM
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : KEDUA ( 2004)
HARGA ASAL : RM 15.00
HARGA JUAL : RM 10.00
PEMBELIAN BUKU INI DISERTAKAN SEKALI KOLEKSI KERTAS RAMALAN STPM SEJARAH KERTAS 1 PERCUMA!


NAMA BUKU : NOTA LENGKAP STPM TAMADUN DUNIA
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : KEDUA ( 2004)
HARGA ASAL : RM 19.00
HARGA JUAL : RM 10.00
PEMBELIAN BUKU INI DISERTAKAN SEKALI KOLEKSI KERTAS RAMALAN STPM SEJARAH KERTAS 2 PERCUMA!


NAMA BUKU : STRATEGI MENJAWAB SEJARAH KERTAS 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN BHD
EDISI : KEDUA ( 2004)
HARGA ASAL : RM 18.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : KURSUS KOMPREHENSIF BAHASA MELAYU STPM KERTAS 1 & 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : KEDUA ( 2004)
HARGA ASAL : RM 22.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : STRATEGI MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : KEDUA (2004)
HARGA ASAL : RM 19.00
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : SIRI 5 TAHUN STPM BAHASA MELAYU (1999-2003)
PENERBIT : PEARSON LONGMAN
EDISI : 2004
HARGA ASAL : RM 24.95
HARGA JUAL : RM 10.00


NAMA BUKU : STRATEGI MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : 2003
HARGA ASAL : RM 10.95
HARGA JUAL : RM 5.00
PEMBELIAN BUKU INI DISERTAKAN SEKALI KOLEKSI KERTAS RAMALAN STPM BAHASA MELAYU KERTAS 2 PERCUMA!


NAMA BUKU : PENGAJIAN AM KERTAS 2
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : 2005
HARGA ASAL : RM 19.00
HARGA JUAL : RM 10.00
PEMBELIAN BUKU INI DISERTAKAN SEKALI KOLEKSI KERTAS RAMALAN STPM PENGAJIAN AM KERTAS 2 PERCUMA!


NAMA BUKU : 150 CONTOH KARANGAN TERBAIK PENGAJIAN AM
PENERBIT : FAJAR BAKTI SDN. BHD
EDISI : EDISI SEMAKAN 2004
HARGA ASAL : RM 15.00
HARGA JUAL : RM 10.00



Nak Kahwin? Merancang Nak Kahwin? Anda ada Masalah Kewangan? Baca ni..


Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=ezaramli86

Insyallah, dapat membantu.
Bye!

Friday, February 27, 2009

UMNO di Kaca Mata....

Tertulisnya tajuk ini, bukanlah untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Tapi, sekadar ingin meluahkan rasa hati yang kian lama terpendam. Walau apapun, ini cuma luahan dari kaca mata seorang remaja.

UMNO - satu nama besar yang telah lama bertapak di Tanah Merdeka ini dan juga di hati rakyat. Semua kaum hidup bersatu padu dan harmoni di bawah kerajaan ini. Namun, dengan adanya beberapa perkara yang kurang diberi diperbaiki telah menjadi punca keretakan UMNO.
Antaranya :

* Sikap Pemimpin
Sikap pemimpin mencerminkan peribadi keseluruhan persatuan. Pemimpin yang baik akan menjadi contoh dan pasti akan diikuti. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan pada setiap persatuan agar tidak wujud sikap berat sebelah atau mementingkan diri sendiri. Tidak seperti di zaman kesultanan Melayu Melaka, semua rakyat taat dan setia kepada Sultan, berbeza dengan masyarakat sekarang yang sudah pandai menilai dan berfikir apakah baik buruknya kerajaan yang memimpin mereka.

* Projek
Kebanyakan usahasama dan projek-projek di bawah kerajaan lebih bertumpu kepada sistem 'kroni'. Hanya orang yang sama sahaja diberikan tanggungjawab yang sama. Bagaimana kaum Melayu hendak maju, kita patut mencontohi kaum cina yang bersatu padu dan membantu kaum mereka dalam apa jua hal pun. Malah, rasuah yang berleluasa semakin menjadi-jadi walaupun ia dinafikan.

Oleh itu, kejatuhan UMNO harus dijadikan teladan oleh ahli UMNO itu sendiri untuk mengkaji dan memperbaiki apa jua yang buruk agar ia tidak berulang kembali. Saya percaya UMNO masih lagi mampu memartabatkan Ketuanan Melayu dan Keangungan Sultan.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut lagi tentang topik ini kerana ia amat sensitif dan rumit. Namun, sekali lagi, saya masih lagi ingin melihat keupayaan UMNO dalam memimpin Malaysia.
Seperti kata-kata yang berhormat Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad Badawi "Jangan kerja untuk saya, Kerjalah bersama-sama dengan saya". Realisasikannya....

Friday, December 5, 2008

Perginya seorang Bapa FKPM-Tuan Haji Shafie




Seperti tidak percaya apabila salah seorang rakan kelasku memberitahu bahawa Tuan Haji Shafie telah pergi meninggalkan dunia ini. Bagaimana seorang insan yang baik dan dikasihi oleh seluruh warga FKPM boleh pergi begitu sahaja. Namun, dia lebih dikasihi oleh Allah s.w.t..Memang betul, jodoh dan maut terletak di tangan tuhan. Kita pasti akan pergi suatu hari nanti.




Beliau dan beberapa pelajar yang lain menghadapi kemalangan di New Zealand.


Aku mula terfikir tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kadangkala, tragedi seperti ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa Allah masih sayang dan hendak memberikan peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya dalam keadaan yang bersih, suci dan beriman.




Setelah meyaksikan sendiri berita tentang kecelakaan yang menimpa mereka di kaca TV. Aku tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi. Aku keluar berjalan-jalan untuk mencari ketenangan. Hatiku gundah gulana...




Semua kenangan...Semua gambaran...Semua bicara...Semuanya...


Aku ingat dengan jelas. Hati aku berasa sedih dan sebak sekali atas kepergian mereka yang bagiku begitu awal.




Mariyam Sakinah, pelajar junior aku...juga turut terlibat dan maut dalam kemalangan tersebut. Kali terakhir aku bersamanya adalah ketika kami bekerjasama dalam Program Communication Carnival di UiTM. Dia memang seorang yang baik dan rajin.




Walaupun aku tidak mengenali mereka secara rapat, namun, aku dapat merasakan perit maung yang dihadapai mereka dan keluarga mereka. Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Seorang muda pernah berkata kepadaku "Setiap yang kita buat, biarlah meninggalkan kenangan walaupun kurang bermakna".




Al-fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Shafie dan Mariyam Sakinah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berda dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, October 17, 2008

Lupakan Dia.. Mudahkah?

Memang tak sah kalau dalam percintaan mahupun persahabatan, mesti ada yang bergaduh. Bukanlah hubungan namanya kalau tak bergaduh, pada sudut lain, gaduh tu sebenarnya mematangkan kita. Kita belajar dari kesipalan dan takkan ulangi nya untuk kali ke-2.


Tapi sampai sesuatu tahap 'putus'. Ada beberapa cara untuk kita melupakan dia. Mcmana?




  • Terima Hakikat

Itulah yang sebaik-baiknya, daripada merana. Kita seharusnya menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara kita. Pertemuan akan berakhir dgn perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

  • Melarikan Diri

Memang betul melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi ia hanya untuk mengurangkan tekanan untuk sementara waktu. pergi ke tempat di mana anda dapat mencari ketenangan jiwa dan rohani.

  • Luahkan Perasaan

Luahkan perasaan anda kepada sahabat rapat anda atau keluarga atau saudara mara yang mana anda rasa dapat menenangkan diri anda. Selain itu, anda juga boleh meluahkan perasaan anda dengan menjerit sekuat hati. Cubalah!

  • Ingat pada Insan yang lebih menyanyangi.
Bila sudah berpisah, bunuh diri bukan bermakna anda boleh melupakan si dia. Ingat, anda masih ada org lain di sisi anda yang lebih memerlukan anda.

  • Tawakal dan Berdoa pada Allah s.w.t

Itulah yang sepatutnya... tawakal dan berdoa supaya anda dipertemukan dgn jodoh yang lebih baik. Berdoalah setiap hari dan mulakan hari anda dgn semangat yang baru.

  • Buang kenangan lalu
Segala kenangan seperti hadiah dan sebagainya...sebaiknya dibuang atau dilupuskan. Selagi barang tersebut bersama dgn anda, selagi itulah memori anda masih kepada si dia. jadi...bertindaklah skrg!


Namun harus diingat, hati yang retak boleh diubat semula kerana hati kita bukanlah kaca pecah yang hilang menjadi serpihan. Hati manusia amat unik dan beharga.
Hanya manusia yang melukakan manusia dan hanya manusia yang mampu merawatnya juga.

Thursday, October 16, 2008

Lelaki Obses! Mcmana Tu???



Biasa la pasangan couple memang ada turun naiknye..

ada yg normal...

ada yang tak normal...

ada yang habis madu sepah dibuang...

ada yang obses...

sekarang ni kita akan bercakap tentang lelaki yang obses. siapa yang tak mau lelaki yang pentingkan diri kita lebih dari segalanya. Mesti best kan.. tapi... kenal pasti dulu..

1) Lelaki ini sanggup berulang alik dari rumahnya, mahupun tempat kerjanya ke rumah anda hampir setiap hari, tak kira penat ataupun sakit.

2) Lelaki ini mempunyai sifat yang sangat cemburu. Jangan cari pasal yer.. Mungkin ada sifat kongkongan yang amat kuat. Tapi sabar ajelah..

3) Dalam fikiran dia, hanya kita..kita...kita...selain keluarganya. Jgn risau kalau dia pandang perempuan lain sebab mata hati dia hanya pada kita...kita...kita...

4) Lelaki ini sanggup membelanjakan wangnya demi kita walaupun hanya tinggal beberapa sen sahaja...kadang2 nak jugak ajak keluar walaupun poket kosong semata-mata nak bersama kita.

5) Memang obses lelaki ini kerana dia nak berkepit dgn kita jer sepanjang hari walaupun kita tgh sibuk dgn tesis, xsaimen, kerja khusus.... kalau tak dapat jumpa kita..dia yang akan datang sendiri...walau di mana jua kita berada!

6) Selalu call, selalu mesej..kalau takde kredit, dia top-up kan.. jadi memang takde alasan untuk tidak berhubung langsung dgn dia sepanjang hari.

Begitulah sedikit sebanyak tentang lelaki Obses ni. Tapi, hati mereka memang tulus ikhlas menyintai anda. jika dia dah obses, nasihatilah dia supaya jangan terlalu mengongkong anda. bentuklah dia menjadi insan yang baik dan rasional. Bukan tak boleh obses, tapi kena berpada-pada. Takut kecewa melanda jiwa.

Ok...Bye bye..Aufwiedersehen.

Assalamualaikum