Friday, February 27, 2009

UMNO di Kaca Mata....

Tertulisnya tajuk ini, bukanlah untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Tapi, sekadar ingin meluahkan rasa hati yang kian lama terpendam. Walau apapun, ini cuma luahan dari kaca mata seorang remaja.

UMNO - satu nama besar yang telah lama bertapak di Tanah Merdeka ini dan juga di hati rakyat. Semua kaum hidup bersatu padu dan harmoni di bawah kerajaan ini. Namun, dengan adanya beberapa perkara yang kurang diberi diperbaiki telah menjadi punca keretakan UMNO.
Antaranya :

* Sikap Pemimpin
Sikap pemimpin mencerminkan peribadi keseluruhan persatuan. Pemimpin yang baik akan menjadi contoh dan pasti akan diikuti. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan pada setiap persatuan agar tidak wujud sikap berat sebelah atau mementingkan diri sendiri. Tidak seperti di zaman kesultanan Melayu Melaka, semua rakyat taat dan setia kepada Sultan, berbeza dengan masyarakat sekarang yang sudah pandai menilai dan berfikir apakah baik buruknya kerajaan yang memimpin mereka.

* Projek
Kebanyakan usahasama dan projek-projek di bawah kerajaan lebih bertumpu kepada sistem 'kroni'. Hanya orang yang sama sahaja diberikan tanggungjawab yang sama. Bagaimana kaum Melayu hendak maju, kita patut mencontohi kaum cina yang bersatu padu dan membantu kaum mereka dalam apa jua hal pun. Malah, rasuah yang berleluasa semakin menjadi-jadi walaupun ia dinafikan.

Oleh itu, kejatuhan UMNO harus dijadikan teladan oleh ahli UMNO itu sendiri untuk mengkaji dan memperbaiki apa jua yang buruk agar ia tidak berulang kembali. Saya percaya UMNO masih lagi mampu memartabatkan Ketuanan Melayu dan Keangungan Sultan.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut lagi tentang topik ini kerana ia amat sensitif dan rumit. Namun, sekali lagi, saya masih lagi ingin melihat keupayaan UMNO dalam memimpin Malaysia.
Seperti kata-kata yang berhormat Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad Badawi "Jangan kerja untuk saya, Kerjalah bersama-sama dengan saya". Realisasikannya....