Friday, December 5, 2008

Perginya seorang Bapa FKPM-Tuan Haji Shafie




Seperti tidak percaya apabila salah seorang rakan kelasku memberitahu bahawa Tuan Haji Shafie telah pergi meninggalkan dunia ini. Bagaimana seorang insan yang baik dan dikasihi oleh seluruh warga FKPM boleh pergi begitu sahaja. Namun, dia lebih dikasihi oleh Allah s.w.t..Memang betul, jodoh dan maut terletak di tangan tuhan. Kita pasti akan pergi suatu hari nanti.




Beliau dan beberapa pelajar yang lain menghadapi kemalangan di New Zealand.


Aku mula terfikir tentang dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kadangkala, tragedi seperti ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa Allah masih sayang dan hendak memberikan peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya dalam keadaan yang bersih, suci dan beriman.




Setelah meyaksikan sendiri berita tentang kecelakaan yang menimpa mereka di kaca TV. Aku tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi. Aku keluar berjalan-jalan untuk mencari ketenangan. Hatiku gundah gulana...




Semua kenangan...Semua gambaran...Semua bicara...Semuanya...


Aku ingat dengan jelas. Hati aku berasa sedih dan sebak sekali atas kepergian mereka yang bagiku begitu awal.




Mariyam Sakinah, pelajar junior aku...juga turut terlibat dan maut dalam kemalangan tersebut. Kali terakhir aku bersamanya adalah ketika kami bekerjasama dalam Program Communication Carnival di UiTM. Dia memang seorang yang baik dan rajin.




Walaupun aku tidak mengenali mereka secara rapat, namun, aku dapat merasakan perit maung yang dihadapai mereka dan keluarga mereka. Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Seorang muda pernah berkata kepadaku "Setiap yang kita buat, biarlah meninggalkan kenangan walaupun kurang bermakna".




Al-fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Shafie dan Mariyam Sakinah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berda dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments: