Thursday, October 16, 2008

Lelaki Obses! Mcmana Tu???



Biasa la pasangan couple memang ada turun naiknye..

ada yg normal...

ada yang tak normal...

ada yang habis madu sepah dibuang...

ada yang obses...

sekarang ni kita akan bercakap tentang lelaki yang obses. siapa yang tak mau lelaki yang pentingkan diri kita lebih dari segalanya. Mesti best kan.. tapi... kenal pasti dulu..

1) Lelaki ini sanggup berulang alik dari rumahnya, mahupun tempat kerjanya ke rumah anda hampir setiap hari, tak kira penat ataupun sakit.

2) Lelaki ini mempunyai sifat yang sangat cemburu. Jangan cari pasal yer.. Mungkin ada sifat kongkongan yang amat kuat. Tapi sabar ajelah..

3) Dalam fikiran dia, hanya kita..kita...kita...selain keluarganya. Jgn risau kalau dia pandang perempuan lain sebab mata hati dia hanya pada kita...kita...kita...

4) Lelaki ini sanggup membelanjakan wangnya demi kita walaupun hanya tinggal beberapa sen sahaja...kadang2 nak jugak ajak keluar walaupun poket kosong semata-mata nak bersama kita.

5) Memang obses lelaki ini kerana dia nak berkepit dgn kita jer sepanjang hari walaupun kita tgh sibuk dgn tesis, xsaimen, kerja khusus.... kalau tak dapat jumpa kita..dia yang akan datang sendiri...walau di mana jua kita berada!

6) Selalu call, selalu mesej..kalau takde kredit, dia top-up kan.. jadi memang takde alasan untuk tidak berhubung langsung dgn dia sepanjang hari.

Begitulah sedikit sebanyak tentang lelaki Obses ni. Tapi, hati mereka memang tulus ikhlas menyintai anda. jika dia dah obses, nasihatilah dia supaya jangan terlalu mengongkong anda. bentuklah dia menjadi insan yang baik dan rasional. Bukan tak boleh obses, tapi kena berpada-pada. Takut kecewa melanda jiwa.

Ok...Bye bye..Aufwiedersehen.

Assalamualaikum

No comments: