Wednesday, October 8, 2008

Hakikat Sebuah Pernikahan

Setiap insan yang mahukan salah satu ketenangan abadi akan merasai dunia perkahwinan.

setiap perkahwinan semestinya tidak menjajinkan kebahagiaan sekiranya niat seseorang tersebut tidak berada pada landasan yang betul.

Perkahwinan seharusnya sesuatu yang membahagiakan bukan membebankan.

Baca dan renungkan. Betulkan semula niat anda.

1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


2- Jika hakikat pernikahan adalahkerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


3- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka berkedut atau badan jadi gendut.


4- Jika hakikat pernikahan adalahkerana ZURIAT, maka pasangan akancari alasan untuk pergi jika pasangan tidakdapat memberi anak.


5- Jika hakikat pernikahan adalahkerana KEPERIBADIAN, pasangan akanlari jika orang berubah tingkah lakunya.


6- Jika hakikat pernikahan adalahkerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.


7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorangi bu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Sumber : Tentangcinta.com
Sumbangan :saudari Aisya Syahirah.

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Datang! Welcome!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya, buat pertama kalinya saya berjaya membuat blog yang akan diisi dengan pelbagai luahan rasa, pengalaman hidup dan juga tips-tips berguna buat peneroka blog semua.

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang ringkas, tapi anda akan dihidangkan dengan cerita-cerita yang menarik dan menghiburkan. Insyallah.

sebarang komen atau kritikan yang membina akan saya jadikan pedoman untuk menjadikan diri saya lebih baik pada masa akan datang. Terima Kasih.

Assalamualaikum.